Khidmat Nasihat

Dengan pengalaman 30 tahun di dalam industri herba, Sari Tani Desa juga melibatkan diri di dalam perniagaan khidmat nasihat teknikal berkaitan industri herba, iaitu dalam bidang dan kepakaran seperti berikut:

Perumusan herba

Membantu menghasilkan formula untuk mengeluarkan ubat yang sesuai bagi pelanggan yang berminat untuk mengeluarkan produk-produk baru (sebagai contoh untuk merawat penyakit kencing manis, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah keputihan, masalah penghadaman, masalah kembung perut, dsb).

Nasihat mengenai fungsi dan penggunaan herba

Sari Tani Desa mempunyai pengalaman selama 30 tahun di dalam penghasilan produk-produk herba tradisional. Sari Tani berhasrat berkongsi pengalaman dan kepakaran ini dengan menawarkan khidmat nasihat tentang fungsi dan penggunaan herba-herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, habbatus sauda, dsb dalam merawat penyakit-penyakit seperti kencing manis, masalah wanita, masalah lelaki, dsb.

Nasihat pembungkusan

Pembungkusan merupakan salah satu aspek yang sangat penting di dalam pemasaran produk baru. Berdasarkan pengalamannya yang luas di dalam pemasaran, Sari Tani Desa menawarkan khidmat nasihat berhubung cara-cara pembungkusan produk yang sesuai (reka bentuk, saiz, bahan, dsb).

Pendaftaran produk

Berdasarkan kepada pengalaman yang luas dalam proses dan prosedur pendaftaran produk, Sari Tani Desa turut menawarkan khidmat pendaftaran produk-produk baru yang memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan seperti kapsul tradisional, homeopati, minyak urut, minyak panas, dsb.

Perkhidmatan Kami