Menyemak status halal produk dan premis makanan di Malaysia

Seperti anda semua, kami juga adalah pengguna yang mementingkan kebersihan produk dan premis makanan di Malaysia. Jadi, kalau nak beli makanan yang diproses atau nak makan kat restoran, kita mesti nak tengok ada logo halal ke tidak. Tapi, kita jangan mudah tertipu. Bukan semua logo halal adalah tulen dan diperakui oleh badan yang bertanggungjawab.

Di Malaysia, sijil halal dipantau dan dikeluarkan oleh Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pastikan logo halal yang ada di luar bungkusan makanan atau di restoran adalah logo yang diiktiraf oleh JAKIM.

Tapi bagaimana jika ada pengeluar makanan atau pengendali premis makanan yang tidak bertanggungjawab tapi menggunakan logo halal tanpa kebenaran JAKIM? Jangan bimbang.... JAKIM dah sediakan perkhidmatan dalam talian (atau lebih biasa kita sebut online) yang memudahkan kita untuk menyemak status halal pada bila-bila masa. Hanya pergi ke www.halal.gov.my di komputer atau smartphone anda.

Selain daripada itu, di laman web tersebut juga ada banyak lagi info lain yang berguna untuk panduan kita semua. Sekarang, boleh kata ramai yang ada smartphone kan? Aplikasi untuk smartphone pun ada juga. Boleh la download dan gunakannya kalau nak semak status halal. Layarilah laman web halal JAKIM tu. Kalau kami nak cerita kat sini, panjang pulak jadinya :)