
Pada tahun 1977, Tuan Haji Sheikh Mohsin Marie telah menubuhkan Syarikat Sari Tani Desa dan semenjak itu, syarikat kami telah melangkah lebih jauh dengan mengeluarkan dan menghasilkan pelbagai produk OEM sepanjang penubuhan syarikat kami. Semenjak 40 tahun ini, syarikat kami mengorak langkah lebih efektif dengan membangunkan dan menghasilkan beberapa produk di samping menyediakan pelbagai perkhidmatan pembuatan untuk memenuhi kehendak dan keperluan industri dan pelanggan kami. Sari Tani Desa Sdn. Bhd. juga telah mengembangkan lagi sayapnya dengan menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan dengan industri pembuatan seperti formulasi produk berasaskan herba, khidmat nasihat, cara dan bahan pembungkusan dan juga perkhidmatan pendaftaran produk.
Pihak Sari Tani Desa Sdn. Bhd. juga menyediakan perkhidmatan kontrak penyelidikan dan perkhidmatan pembuatan. Dengan pengalaman dalam industri pembuatan produk, Sari Tani Desa telah berjaya menghasilkan beberapa formulasi produk yang sangat unik dan berkesan yang sememangnya sangat memenuhi kehendak pelanggan, dengan produk yang berkualiti tinggi dan mengikut garis masa pelanggan dan spesifikasi atau keperluaan Agensi Regulatori Farmasi Negara.
Teknologi pembuatan dan perkhidmatan yang dimiliki oleh syarikat Sari Tani Desa sentiasa diperbaiki dan ditingkatkan sepanjang masa agar pelanggan kami akan berpuas hati dan berkeyakinan dengan produk yang dihasilkan. Hal ini juga dibantu oleh mesin-mesin pembuatan dengan teknologi terkini dan dapat menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak. Produk yang terhasil juga amat bersih dan selamat kerana syarikat kami mempunyai pengiktirafan sijil HALAL dan status GMP. Syarikat Sari Tani Desa sentiasa mengkaji dan membuat semakan kualiti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat kami. Ini dapat memastikan bahawa produk dan perkhidmatan yang diberikan selari dan mempunyai taraf kelasnya yang tersendiri.